The Message of Imam Khamenei to the Youth in Europe and North America, in Malay

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kepada para pemuda di Eropah dan Amerika Utara umumnya

Insiden terakhir di Perancis dan peristiwa yang mirip sepertinya di beberapa negara Barat telah mendorong saya untuk berbicara secara langsung kepada anda. Saya tujukan kepada anda (para pemuda), bukan kerana tidak mengendahkan ayah dan ibu anda, bahkan oleh keranasaya melihat masa depan dan tanahair kamu berada ditangan anda, dan saya juga mendapati terdapat perasaan mencari hakikat di dalam kalbu-kalbu anda cukup bernyawa dan lebih begelojak. Tulisan ini, saya tidak tujukan kepada ahli politik dan pegawai negara anda kerana saya percaya bahawa secara sedar mereka telah menyimpangkan jalan dari landasan kejujuran dan ketelusan.  Saya ingin membicarakan Islam kepada anda dan secara khususnya mengenai imej yang ditampil sebagai Islam. Sejak dua dekad ini, iaitu tatkala kejatuhan kesatuan Soviet, betapa banyaknya tindakan yang telah diambil bagi meletakkan kedudukan agama besar ini di tempat permusuhan yang mengerikan. Malang sekali, dorongan perasaan cemas, kebencian dan ekspoitasi darinya telah dicatat sebagai rekod yang amat lama dalam sejarah politik Eropah. Di sini saya tidak ingin mewacanakan aneka fobia yang telah diinspirasikan kepada bangsa-bangsa Barat. Berasaskan pembacaan sepintas lalu terhadap kritikan sejarah terbaru, anda sendiri dapat melihat betapa tidak jujur dan hipokritnya sikap negara-negara Barat dengan bangsa-bangsa dan budaya-budaya lain. Sejarah Eropah dan Amerika mengenai penghambaan amat memalukan, di zaman penjajahan ianya amat menjatuhkan maruah, kezaliman terhadap diskriminasi warna kulit dan non-Kristian yang cukup menconteng arang ke muka. Para penyelidik dan sejarahwan anda benar-benar menyatakan perasaan malu terhadap penumpahan darah yang mengeksploitasi nama mazhab di antara Katolik dan Protestan, atau atas nama bangsa dan kaum di dalam perang dunia pertama dan kedua.

 

Perkara ini dengan sendirinya akan memiliki tempat pembaikannya dan saya juga tidak ingin mencetuskan bicara terhadap isi kandungan cacat cela sejarah yang terlalu panjang, bahkan saya ingin anda bertanya kepada golongan intelektual, kenapa kesedaran naluri kebanyakan penduduk di Barat sentiasa perlu ditangguhkan selama puluhan, malah ratusan tahun? Kenapa penyemakan sanubari masyarakat perlu disandarkan kepada zaman dahulu kala, bukan untuk masalah hari ini? Kenapa perkara-perkara penting termasuklah tatacara berurusan dengan kebudayaan dan pemikiran Islam dalam acuan kesedaran umum perlu dicegah?

 

Anda mengetahui dengan baik bahawa penghinaan, perluasan kebencian dan ilusi ketakutan merupakan "lain-lain" terma sepunya bagi keuntungan pihak penindas. Sekarang saya ingin anda bertanya kepada diri sendiri, kenapa politik kuno pemfobiaan dan pembencian kali ini, tanpa ada tolok bandingannya telah menyerang Islam serta umatnya secara habis-habisan? Kenapa format kuasa di dunia hari ini cenderung ke arah meminggirkan pemikiran Islam? Apakah makna dan nilai Islam sehingga menyusahkan kegiatan-kegiatan kuasa besar global? Apakah untung yang diraih dari bayangan gambaran salah tentang Islam? Oleh itu permintaan pertama saya ialah selidikilah rekod hitam anti Islam secara  komprohensif.

 

Permintaan kedua saya ialah dalam reaksi terhadap gelombang penilaian awal dan kempen negatif, berusahalah mengenal secara langsung agama ini tanpa menggunakan pengantara. Turutlah pemikiran logik yang waras yang mana paling kurang anda tahu apakah identiti yang menyebabkan anda cuba dihindarkan dan ditakutkan. Saya tidak memaksa anda menerima tulisan saya dan orang lain tentang Islam, bahkan saya menyatakan bahawa: Jangan izinkan realiti dinamik dan berpengaruh dalam dunia ini memperkenalkannya kepada anda dengan prejudis dan misi yang kotor. Jangan benarkan kuasa angkuh perkenalkan terrorisme yang mereka sendiri rekrut selaku wakil Islam kepada anda. Kenalilah Islam dari jalan sumber-sumber aslinya yang diambil dari rujukan primernya. Kenalilah Islam dari jalan al-Qur'an dan kehidupan Nabinya (s.a.w). Di sini saya cenderung untuk bertanya, apakah hingga kini anda telah merujuk secara langsung kepada al-Qur'an umat Islam? Apakah anda sudah membaca ajaran Nabinya (s.a.w), pendidikan kemanusiaan serta moral baginda? Selain dari media, apalah selama ini anda mengambil pesanan Islam dari sumber-sumber lain? Pernahkah anda bertanya bagaimanakah Islam ini melatih tamadun ilmu terbesar dan pemikiran dunia dengan nilai-nilainya di samping mendidik para pemikirnya di sepanjang kurun?

 

Saya ingin anda tidak mengizinkan mereka dengan wajah-wajah palsu yang berdosa dan lemah, mewujudkan sekatan secara emosional dan perasaan di antara anda dan realiti, serta mencabut bakat keupayaan menilai tanpa berat sebelah. Hari ini perkakas komunikasi telah menembus sempadan geografi, maka jangan biarkan anda terjebak dalam sempadan palsu dan batas pemikiran. Meskipun tidak ada individu yang dapat memenuhi jurang-jurang ciptaan secara bersendirian, namun setiap seorang daripada anda dapat membangunkan jambatan pemikiran dan keinsafan di atas jurang-jurang itu dengan niat mencerahkan diri dan latar-latarnya. Ketika cabaran di antara anda (para pemuda) dan Islam ini telah dirancang, namun ia mampu membangunkan soalan-soalan baru di dalam fikiran dan cita rasa ingintahu anda. Usaha dalam meraih jawapan terhadap persoalan ini menganugerahkan anda peluang berharga bagi menyingkap realiti-realiti baru. Oleh itu, janganlah terlepas kesempatanuntuk memahami dan mencerap Islam ini secara sahih tanpa tergesa-gesa menghukumnya terlebih dahulu sehingga kemungkinan dengan tuahnya penunaian tanggung jawab anda terhadap realiti, generasi masa depan akan menulis sejarah interaksi antara Islam dan Barat ini dengan berkurangnya kebencian dan diiringi hati nurani yang terang.

 

Sayid Ali Khamenei

21 Januari 2015

 

منبع: www.Alumni.miu.ac.ir

فیس بوک Facebook فارسی English
تمامی حقوق این وب سایت متعلق به جامعة المصطفی العالمیه می باشد